A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Wednesday, 5 December 2018

Sedapnya Surya Chlorophyll, Superfood bagi yang benci sayuran.

Hai allzz Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...harap semua baik² saja ya..


Kali ni abang nak cerita skit pasal Surya Chlorophyll ni, yelah zaman sekarang ni kan bukan budak² je yang liat nak makan sayur, kita yang dewasa ni pun kadang² tak makan sayur...ish² tak cukup nutrisi dalam badan.

Surya Chlorophyll ni merupakan makanan tambahan (superfood) dan Nutrisi tambahan untuk mereka yang tak suka makan sayur, rasanya yang sangat sedap, budak² pun suka. 

Dengan pengambilan 25ml saja bersamaan 4.7kg bayam...wooow banyak tu, nak suruh anak makan bayam 4.7kg..memang tidak lah jawabnya dia nak makan jangan kata anak, kiya yg dewasa ni pun belum tentu mampu..hahahah

Jadinya memang sesuai sangat untuk anak² dan orang dewasa yg xsuka makan sayur tu


Yelah kan, kadang² puas mak ayah jadi chef masak sayur cantik² untuk anak makan, last² jadi tatapan je, lagi² kalau sayur daun hijau.

Sebenarnya Surya Chlorophyll ni banyak khasiatnya seperti yg tertulis didalam gambar kat bawah.

Bagi memperoleh manfaat yang bagus untuk badan kita, pastikan kita jaga pemakanan dengan makan makanan yang seimbang dan lengkap Nutirisi, tambahan lagi dengan pengambilan Surya Chlorophyll ni..memang Awesome.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk superfood ini, boleh didapati di Watson seluruh Malaysia..

abang minum yang flavor lychee, rasanya sangat sedap, boleh juga cuba flavor peach, manfaat tetap sama.


Untuk mendapatkan info lebih lanjut berkaitan produk² keluaran Surya boleh lah lawat platform social media mereka seperti berikut.

Instagram

Facebook


Saturday, 3 November 2018

Detox menjadi mudah dengan....

.....sebut detox je mesti ingat air lemon, memang sedap tapi nak buat tu leceh sikit...nampak sangat malas nak buat....

Tapi sekarang nak detox badan...ehemmmm senang sangat dah sejak adanya Waist Line Fibre dari BioXcellent ni...

Produk ni bagus untuk mereka yg nak kempiskan perut dan pinggang, bagi sistem penghadaman lancar (senang nak buang air besar), boleh nyah toksin dalam badan juga dan dan dan...boleh jadikan kulit lebih cerah...sebab bahan yg terkandung dalam produk ni mampu menghalang daripada pembentukan melanin yg jadi punca kulit gelap....wooow makin cerah lah abang lepas ni.... awesome wei...

Nak cerita sikit lah...dia punya rasa memang sedap rasa buah buahan tu ketara sangat, belum bancuh dah terpikat degan aroma dari dalam balang lagi...perghh harum bau buah tu..sedap wei...sebab bahan utama nya ternyata ada extrak buah seperti...

Ekstrak jus epal, Ekstrak Campuran Sayur Dan Buah, Ekstrak Jus Nenas, Ekstrak Timun, Ekstrak Bayam, Ekstrak Jus Lemon, Ekstrak Jus Betik, Ekstrak Lobak Merah, Ekstrak Jus Mangga, Trikalsium FFosfa Asid Sitrik, Maltodekstrin,  Fructose.


seriously memang sedap.....

Cara Pengambilan sangat mudah hanya dengan campurkan 1 scoop (20gm) ke dalam 200/250 ml air suam mahupun sejuk ikut selera anda, bagi saya air sejuk lagi sedap..heheheh. Goncang sebati pastikan larut sepenuhnya dan boleh terus minum.

Tips penting, pastikan anda minum air secukupnya dalam 2-3 liter untuk kesan yg terbaik. Waktu paling sesuai minum produk ni pada waktu malam masa nak tidur kerana time ni daya serapan sangat bagus.

Untuk info lanjut atau pembelian, boleh ke 

https://www.bioxcellent.com . Jangan lupa follow Facebook dan Instagram BioXcellent untuk makuman promosi mahupun produk baru.

Facebook : BioXcellent

Instagram : BioXcellent



Sunday, 23 September 2018

Farm In The City Petting Zoo yang Memang Awesome Untuk Seisi Keluarga

Assalammualaikum dan salam sejahtera abang2 kakak dan adik2 semua...

Cuti Malaysia yang lepas abang berkesempatan pergi ke satu tempat yang memang awesome  sangat2 untuk  seisi keluarga. FARM IN THE CITY.

Farm In The City tempat apa tu?

Farm In The City (FITC) - Merupakan Petting Zoo dimana lari dari kebiasaan zoo dimana kita dibenarkan setuh sambil boleh memberi makan secara dekat...perghh memang awesome seronok betul.


KBBA Blogger Days Out di Farm In The City

Hari ni memang awesome sebab boleh jumpa ramai bloggers KBBA, masing2 dgn family semua nampak seronok, aktiviti yg sangat bagus dan tarikh yg sesuai bersempena cuti hari Malaysia 16 September.

mmg sangat meriah dgn kehadiran bloggers KBBA yg sangat awesome...


Apa yang ada di Farm In The City?

Terdapat berbagai jenis haiwan di sini dimana amat sesuai bagi anak2 mengenalinya secara lebih dekat, itulah keistimewaan FITC supaya anak2 lebih kenal haiwan secara peribadi.

boleh bagi makan kura2 yg antara terbesar kat situ...tapi hati2 ya.

rusa kat sini memang jinak2, lagi2 kalau kita bawak makan yg diberikan disitu...mmg awesome

sejenis unggas yg mmg cantik dan jinak

ayam kampung biasa pun ada...ttbe teringat dulu2 kat rumah ada bela ayam...mmg seronok

Landak pun ada..mmg comel


I like to move it move it pun ada..

Boleh naik Pony untuk anak2 kita yg comel2 tu

Pelbagai jenis burung pun ada tau..

Bagi siapa yg nak tgok Alpaca pun ada..kemain kat kandang dia ni ada satu kipas yg besar khas untuk mereka...kekwat..hahah

Berapa harga nak masuk FITC ni!

Harga untuk masuk FITC ni memang berpatutan dan boleh dikatakan murah, berikut adalah senarai harga bagi dewasa dan kanak2.


abang sarankan kalau bercadang nak ke FITC ni sebaiknya datang awal..sebab kita boleh parking betul2 depan pintu masuk FITC, dan boleh waze alamat dibawah untuk ke lokasi.


Lepas dah puas main2 dgn semua haiwan2 yg comel2 tu jgn lupa ambik sijil dari FITC yg sangat cute ni tau sebelum balik.


Kesimpulan disini memang abang sarankan datang bawak bersama anak2 sebab memang seronok dan puas hati..FITC memang awesome abang bagi 5 🌟...

Untuk maklumat lebih detail sayang2 semua boleh usha2 kat FB Farm In The City, IG @FarmInTheCity dan juga laman web mereka https://www.farminthecity.my



Thursday, 28 June 2018

Salam Eidul Fitri - Indahnya Raya Bersama Keluarga Tercinta

              Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


"Meriahnya Raya Dapat Dirasa"

"Juadah Dijamu Menambat Selera"

"Marilah lah kita Bersama sama"

"Pulang ke Desa Bertemu Keluarga"




Raya Raya Raya ! Tahun ni berapa budget uolls ye untuk berhari raya? Biasalah bile sebut hari raya ni memang banyak nak pakai duit. Nak beli baju raya anak, isteri, suami.. kueh raya lagi..kasut raye pun tak lupa jugak uolls.. untuk mak ayah..adik-adik pun nak juga baju raya.. Kena la tukar baju raya every year, if tak rase tak raye pulak nanti.. heee.. Nak beli baju raya pun nak cari yang murah pun susah dapat.. kalau ade pun design yang so-so jer.. kita mestilah nak bergaya kan uolls al maklumlah raya nama pun setahun sekali … kene la belanja lebih skit kan .. nak selfie lagi pagi raya.. mesti uolls nak gempak satu badan baju and kasut raya yang hot-hot gitteww..

Oppsss tak kire lagi belanja raye lain uolls.. nak beli langsir baru, sofa baru, kueh and kek raye.. nak servis keta lagi nak balik kampung atau yang bujang tu nak beli tiket bas lagi nak balik raya  .. banyak tu uolls.. hotel pulak? Jangan lupa book nanti x muat rumah mak ayah kat kampung tu klu adik beradik semua balik raya serentak tahun ni.. huhuhuhu

Memang dah expect raya season ni mesti banyak duit nak dibelanjakan .. yang masalah dengan bonus tahun ni kene potong lagi pening uolls nak beraya .. Yang mana ayah dan mak yang dah janji nak beraya sakan ngan anak tahun ni.. stanby la ye pengaliran duit tu.. heee

Tak pe jangan risau sebab banyak cara iolls boleh share cara-cara nak jimat raya .. hee

Mula-mula uolls list out dulu ape keperluan raya tahun ni yang uolls nak beli.. after list out uolls pilih la mane yang lebih penting nak kene beli dan list out kedai mane yang murah .. uolls pun bole buat survey dulu mane baju kurung or baju melayu murah .. banyak uolls .. Jalan Tar , Shah Alam, Bangi … banyak la uolls bole survey .. 


Dah abis survey semua kedai, uolls siap-siap asingkan duit .. list out baju yang paling murah and tempat mana nak pergi beli .. dah confirm, duit yang dah diasingkan bolehlah digunakan untuk membeli barang keperluan tersebut .. bawak cukup-cukup tau untuk make sure uolls x overspent .. maklumlah bulan-bulan puasa ni semua nak dibelinya .. mmg teroverspent nanti

Lepas dah beli baju dan keperluan raya .. dah tak sabar pulak nak balik kampung kan uolls .. Balik Kampung .. Balik Kampung .. ! Tapi untuk yang nak balik kampung jauh tu macam  Kelantan, Terengganu memang letih uolls puasa-puasa ni kalau drive .. panas lagi .. traffic jem tu memang dah pasti .. mengantok lagi sangat bahaya driving uolls .. 


Untuk pilihan yang sangat bijak dan sangat menjimatkan masa dan tenaga .. iolls recommend uolls balik kampung naik flight .. ok x? Banyak sangat kalau uolls tengok iklan kat social media airlines company ni sibuk buat promotion balik kampung .. Nak tiket murah lagi apa kata uolls book dengan Traveloka .. untuk Raya 2018 ni bolehlah uolls book tiket kat website Traveloka sebab harga tiket mmg murah uolls ..

Masa untuk promotion terhad ye..so jangan tunggu lagi ye ..cepat-cepat booking tau nanti terlepas ..

First, uolls pergi kat google search cari website Traveloka .. dekat website Traveloka tu dah boleh nampak gambar-gambar promotion raya untuk flight dan juga hotel..  best kan .. Ade promotion 10% untuk tiket flight dan uolls boleh book macam biasa pilih negeri yang nak pergi dan date sekali ye .. masa payment nanti jangan lupa masukkan code RAYADOM untuk domestic flight or RAYAINTL  untuk International flight .. booking time 6 hingga 13 Jun je ye .. cepat-cepat jangan tunggu lagi ..

Hotel pun ada promotion.. tapi uolls kene book dekat apps je sebab valid untuk apps booking promotion .. Uolls boleh book seperti biasa just pilih hotel and date check in and check out .. time nak buat payment tu don’t forget ye masukkan promo code RAYAHOTEL untuk dapatkan 15% hotel diskaun ..

Sangat jimat kan uolls .. tiket murah ..bilik hotel pun murah ..memang sangat berbaloi booking dengan Traveloka terutama musim-musim raya yang banyak nak pakai duit ni .. Jangan tunggu lagi ye .. Jom Traveloka !

Tuesday, 19 June 2018

DASHING 2 IN 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka


Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar  jejaka sentiasa berikhtiar  untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai  produk mandian di pasaran, pilihan  semakin sukar. Jangan risau! Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang  direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 


Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul  dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan make dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.

Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 



DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.

Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 


ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.


HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   


Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan



Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  




#dashing #dashingmy #2in1 #shower #wash

#active #cool #hattrick #ultimatekick

 

 


Wednesday, 2 May 2018

AGROFARMSTAY RESORT MELAKA - TAWARAN MEGA BONANZA KEMBALI LAGI


MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.

Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 


Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.


Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.


Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 



Harga yang di tawarkan. Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax). Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.  Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:

https://agrofarmstay.my

Hubungi kami: 

Whatsapp / SMS / Call:

012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:  06– 232 2761




Wednesday, 25 April 2018

May 2018 Comunity Day - Featuring Charmander


source

Oh my.. can't wait for shiny Charizard.

Tuesday, 27 March 2018

Wordless Wednesday


source


Monday, 5 March 2018

Segmen #KBBA9: 10 Tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur

10 Tempat menarik yang sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur

Assalammualaikum and salam sejahtera, fuhhh rasa lama sangat tak update blog yg bersawang ni. 

Baru2 ni kerap juga daku dilontarkan soalan2 dari kawan2 yg berasal dari luar negeri tentang tempat2 yg mereka boleh kunjungi jika bercuti di Kuala Lumpur.

Bercuti dan beriadah di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu perkara yg mustahil, malah ia nya merupakan aktiviti yg sangat menarik, dengan kepelbagaian tempat yg boleh dikunjungi oleh sesisi keluarga, Kuala Lumpur merupakan destinasi yg sesuai bagi seisi keluarga yg ingin percutian yg menarik tanpa risau akan perjalanan jauh.

Memandangkan bulan Mac ni ada cuti sekolah jadi marilah kita lihat tempat2 yang menarik di Kuala Lumpur yg boleh dikunjungi.

1. Beramah mesra besama haiwan2 di Zoo Negara

Zoo Negara merupakan tempat yg memang wajib dikunjungi oleh seisi keluarga, terdapat hampir 500 jenis spesis haiwan yg boleh didekati. Tedapat pelbagai pameran yg boleh dilawati seperti Taman Reptilia, tasik, akuarium malah terdapat juga ruang khas bagi pelbagai serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bagi kanak2 yg ingin bermain bersama haiwan2 Zoo Negara menyediakan juga tempat bagi haiwan2 peliharaan dan kawasan permainan.

 

source

2. Berkicauan mesra di Taman Burung

Dengan keluasan 20 ekar yg menempatkan lebih 300 jenis burung, Taman Burung Kuala Lumpur memang sesuai bagi keluarga yg inginkan suasana yg damai disamping kicauan merdu sang unggas. Sangat sesuai bagi anak2 yg ingin mengetahui dan mempelajari secara lebih jenis2 burung tempatan dan luar negara.

 

source

3. Kenali budaya dan sejarah di Muzium Negara

Dengan rekabentuk bangunan rumah tradisional yg unik dan tersendiri. Muzium Negara merupan tempat yg sesuai bagi anak2 untuk mengenali dan mempelajari budaya dan sejarah negara. Terdapat pelbagai pameran seperti replika rumah tradisional, susana perkahwinan, pakaian masyarakat melayu lama dan pelbagai alatan memburu hingga lah ke kelengkapan dapur. 


source

4. Berseronok di Taman Tema Sunway Lagoon.

Keterujaan akan memuncak tatkala tiba di Sunway Lagoon, dengan pelbagai variasi aktiviti air yg membuatkan anda seakan tidak ingin pulang hingga lah ke variasi aktiviti ekstrem bagi mereka yg gemarkan activiti yg mencabar adrenaline. Sangat sesuai bagi keluarga yg inginkan pelbagai aktiviti di satu tempat. Terdapat juga pusat beli belah Sunway Piramid bagi yg ingin mecuci mata mahupun berbelanja.


source

5. Menerokai Ikan laut di Aquaria KLCC

Bukan akuarium biasa, Aquaria KLCC juga dipanggil "oceanarium" dengan keluasan 60,000 kaki persegi dan dilengkapi 300 kaki terowong bagi membolehkan pengunjung untuk menerokai lebih dalam lagi spesis2 ikan yg terdapat di situ. Dengan tujuan untuk memberi pengetahuan berkaiatan hidupan akuatik, dari ikan air tawar paya hingga lah ke hidupan laut dalam yg menempatkan lebih 5000 jenis hidupan akuatik.


source

6. Beriadah di Taman KLCC

Tidak lengkap lawan ke KLCC tanpa singgah di KLCC park, tempat riadah bagi mereka yg gemar berjoggi g dan bersenam, disini juga terdapat pertunjukan air pancut. Bagi kanak2 terdapat juga tempat khas bagi mereka bermain.


source

7. Menikmati permandangan di Menara Kuala Lumpur

Permandangan Kuala Lumpur lebih indah jika dilihat dari mata langit. Dengan ketinggian 335 meter dan dilengkapi tempat meninjau, membolehkan anda menikmati permandangan bandar Kuala Lumpur, dengan lebih luas, sangat indah jika anda berada diwaktu Matahari terbenam.


source

8. Kenali Sejarah Raja2 di Istana Negara 

Istana Negara direka khas sebagai royal muzium, pengunjung boleh mempelajari sejarah Raja Raja, terdapat pelbagai bilik yg menempatkan koleksi barang2 Raja2 terdahulu, terdapat juga pengawal Istana yg berpakaian seragam moden dan tradisional.


source

9. Muzium Numismatic Maybank

Dimiliki dan diuruskan oleh Maybank, merupakan tempat yg terbesar di Malaysia bagi pengumpul wang kertas dan syiling. Sangat sesuai bagi seisi keluarga untuk mengetahui perihal matawang Malaysia. Terdapat pelbagai tarikan seperti matawang antik kertas mahupun syiling, juga terdapat binaan buatan pokok duit.


source

10. Bijak Sains di Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara dibina di atas bukit Kuala Lumpur dan sesuai untuk pelawat muda kerana ia memaparkan sains dan teknologi pendidikan. Pusat ini juga mempunyai perpustakaan multimedia, kafe, dan dewan belajar.


source

Ternyata Kuala Lumpur sememangnya bukan hanya sebuah pusat bandar dengan pusat membeli-belah malah terdapat banyak aktiviti dan tempat yg boleh dilakukan oleh penduduk tempatan dan pelancong. 

Untuk lebih tempat dan info yg menarik sila ke KBBA9.com

Labels

  • (1)