A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Monday, 27 May 2019

4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan.


Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat cantik yang sesuai untuk kita mengimarahkan lagi 10 Malam Terakhir Ramadhan di sekitar Kota Bharu .


1. Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. 

Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.

Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933).

Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.


2. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau juga dikenali sebagai Masjid Beijing. 

Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.


3. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Merupakan Masjid Tertua di Negara Kita.

Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia serta di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

Masjid ini dinamakan sempena Kampung Laut sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat, yang mana terletaknya lokasi asal masjid tersebut sebelum ianya dipindahkan ke tempat sekarang.


4. Masjid Noor Aini, Pasir Hor

Masjid Noor Aini dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku. Terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor.

Masjid yang terukir indah ini merupakan idea Tengku Noor Aini yang mana beliau adalah kerabat Di Raja Kelantan. Kerana terlalu cintakan keseniaan maka terbentuklah satu masjid yang berteraskan seni bina Melayu tradisional serta gabungan unsur-unsur keislaman didalamnya.

Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta, dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Noor Aini. Ukirannya di ukir oleh Pengukir dari Bali, Indonesia namun ukiran yang diterapkan masih menggunakan ciri-ciri ukiran tradisional Kelantan. Untuk mengekalkan senibina asal masjid ini tidak menggunakan penghawa dingin tatapi dilengkapi kipas siling yang besar.


Bagi saya pengalaman dapat melawati Masjid² yang indah dan cantik di Negeri Serambi Mekah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.

Marilah kita mengimarahkan masjid² yang ada dikawasan kita sempena 10 Malam Terakhir Ramadhan. Moga segala amalan yang kita lakukan diterima Allah S.w.t.





Sunday, 26 May 2019

PROGRAM “IHYA RAMADHAN KELANTAN TRIP 2019”



KOTA BHARU, 20 MEI 2019: Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan dan Syarikat Penerbangan Firefly akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Kelantan Fam Trip 2019 pada 20 hingga 23 Mei 2019.


Program lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan ketenangan di negeri Kelantan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada pihak media dan agensi pelancongan dari seluruh negeri. Program ini juga bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan yang sinonim dengan jolokan negeri “Serambi Mekah” ini selain aktiviti-aktiviti berunsurkan keislaman dan kerohanian yang diamalkan oleh rakyat Kelantan ketika menyambut bulan Ramadhan.


Seramai 60 peserta yang terdiri daripada para media, agensi pelancongan, pegawai Tourism Malaysia dan pegawai MOTAC dari seluruh negeri menyertai program ini. Sasaran peserta program ini adalah khusus untuk yang bukan beragama Islam (Cina, India dan lain-lain) bagi memberikan pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadhan di negeri Kelantan.


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan. Justeru itu, senario seperti inilah yang ingin ditonjolkan dalam mengangkat suasana “Ihya Ramadhan” di negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.


Program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan keislaman seperti Bersuluk di Makam Tok Selehor, Masjid Muhammadi yang menjadi pusat penyampaian ilmu oleh ulama tersohor iaitu Tok Kenali, Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua di Malaysia berusia lebih 300 tahun dan Masjid Ar Rahman, Kg. Pulau Gajah yang terkenal dengan keindahan senibina bangunan.


Para peserta juga akan dibawa untuk mengikuti Program Ihya Ramadhan yang merupakan suatu program mega tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Program yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dikenali sebagai Qaryah Ramadhan di Serambi Mekah.


Program ini juga memperkenalkan kemeriahan Bazar Ramadhan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV serta amalan makan colek selepas solat sunat terawih yang sangat popular di kalangan rakyat Kelantan.


Di Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam (Pondok). Bagi program ini, peserta dibawa melawat Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh bagi melihat secara lebih dekat aktiviti harian pelajar sepanjang bulan Ramadan.


Selain terkenal dengan produk pelancongan Islam, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga popular dengan makanan tradisional di mana pada bulan Ramadan, pelbagai kuih muih yang unik dipasarkan contohnya kuih nekbat, kuih ‘kuba guling’ dan sebagainya.


Berdasarkan kepada Kajian Kadar Penginapan Hotel yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, pada tahun 2017 telah merekodkan peningkatan kedatangan penginap hotel ke Kelantan sebanyak 0.37% dengan bilangan 1,201,120 orang penginap hotel berbanding pada tahun 2016 iaitu seramai 1,196,685 orang penginap hotel.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di talian 09-747 7554.



Pejabat Tourism Malaysia Kelantan

Tel: 09-747 7554 Faks: 09-747 8010

Saturday, 25 May 2019

8 Tempat Awesome Wajib Lawat Di Negeri Sembilan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan...


Bila cakap pasal Negeri Sembilan je mesti terus terlintas masak lomak cili api kan, tapi sebenarnya banyak wei tempat menarik kat Nismilan ni... awesome sungguh


Baru² ni abang ada terlibat dalam program bersama pihak Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan Tourism Malaysia Sentral untuk mempromosikan tempat² menarik di Negeri Sembilan sempena Tourism Malaysia Travel Mart @ Negeri Sembilan 2019.


Pada lawatan kali ini abang dibawa ke tempat² menarik di sekitar Nilai, Lukut, Port Dickson dan Seremban, sebenarnya banyak lagi tempat menarik ada di Nismilan ni tapi buat kali ni abang senaraikan tempat² menarik yang ada disini.


Memang seronok sakan bergambar untuk lawatan kali ni... awesome sungguh wei.


1. The Adventures Web, Aeon Mall Nilai

Seriously tempat ni memang betul² best bawak anak² untuk belajar sambil bermain, korang boleh terokai ilmu sains, main kejar² dengan Dinosaur, masuk Monster house...seronok sangat.

Nantikan promosi yang menarik dari pihak The Adventures Web.

Tiket untuk kesemua ini cuma RM49 sahaja, boleh bermain sampai puas.


2. Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Mula² sampai je aku dah rasa macam berada kat luar negara, sebab tempat ni memang unik dan sangat menarik

Hotel yang bertemakan 'Cowboy' dan Red Indians, menurut pemilik tempat ni beliau sangat minat filem cowboy sewaktu kecil dan bercita cita ingin wujudkan satu tempat yang lain dari lain. Maka wujudlah Eagel Ranch.

Eagle Ranch tempat yang sangat sesuai untuk syarikat² untuk buat Team Building. Kawasan yang luas dengan pelbagai aktiviti seperti Go Kart, Paintball, Memanah dan macam2 lagi..kalau nak rehat² sama keluarga lagi seronok.

Untuk info lanjut boleh klik di bawah.

Web:  Eagle Ranch Resort 


3. Wild West Cowboy, Alive 3D Art Gallery, Lukut

Terletak di Bandar SEGAR, 25 Min dari Seremban dan 10 Min dari Port Dickson.

Indoor Theme park yang sangat menarik dimana terdapat 5D cinema diamana korang boleh rasa seperti sebenar, dari segi pergerakan, kesan khas dan getaran, dan air. 

Tayangan mengikut jadual untuk setiap jenis filem, dan pada masa tu kami ditayangkan filem rollercoaster...fuhhh memang seakan real wei...merenang bulu roma.

Aktiviti lain yg terdapat disini seperti Awake Escape (Dinosaur), Awake Thrill (Snow white, Mummy Awake, Rumah Hantu dan Galaksi).

Kalau dah penat dan lapar, korang boleh makan di restoran cowboy mereka, ada jugak kedai jual cenderahati sebagai kenangan.

Info Lanjut

Web : Segar City


4. Muzium Tentera, Port Dickson


Satu tempat yang bagus untuk kita dalami lebih lanjut pasal sejarah Malaysia, terutama sejarah perang di Malaysia.

Memang kagum dengan cara mereka selia muzium ni..sangat best banyak kenderaan peranv yg masih cantik... awesome sungguh wei, ni baru best nak bawak anak² lawat muzium tak bosasn langsung.

Masuk percuma dan dibuka setiap hari...tempat wajib yg korang kena datang.


Info Lanjut

Web : Army Museum


5. Lexus Hibiscus, Port Dickson

Untuk lawatan kali ini, kami bermalam di Hotel Lexis Hibiscus. Setiap bilik dilengkapi dengan kolam renang so kalau korang nak berendam malam² pun xde hal lah.

Bilik kami pada malam tu ialah Executive Pool Vila, bilik dengan 2 katil Queen, memang luas dan selesa sangat sesuia untuk seisi keluarga.

sebuah Hotel yang sangat selesa, pilihan makanan yang sangat banyak memang puas hati, bagi mereka yang inginkan ketenangan dan selesa di Lexis Hibiscus memang pilihan Yang terbaik.

Info Lanjut

Web: Lexis Hibiscus


6. Dickson Dragon Cruise @ Lexis Hibiscus

Untuk mereka yang inginkan pengalaman menaiki kapal cruise, di Dickson Dragon Cruise memang sesuai.

Korang akan dibawa bersiar siar menaiki cruise di sekitar Lexis Hibiscus Port Dickson, sambil itu korang juga boleh karaoke dan lepak² sambil hirup udara laut.

Sayangnya pada waktu itu kami tiba waktu malam, dimana activity untuk mandi diatas jaring tidak available pada ketika itu, walaubagaimanapun ianya satu pengalaman yang sangat seronok, korang wajib cuba, memang awesome.

Info Lanjut

Facebook: Dickson Dragon


7. Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson

Sekarang korang boleh saja pergi ke Port Dickson untuk lihat sendiri Penyu, kerana di sini terdapatnya penyu dan ikan2 hiasan yang sangat cantik.

Masuk adalah percuma, memang tempat yang sangat sesuai untuk bawak anak² kenal hidupan laut terutamanya Penyu. 

Info Lanjut

Facebook: Pusat Ikan Hiasan PD


8. Heritage Walk @ Seremban

Untuk penutup lawatan kali ini, kami dibawa untuk jelajah tempat Heritage di Negeri Sembilan @ Heritage Walk.

Heritage Walk@ Negeri Sembilan merupakan produl terbaru di Seremban. Bertujuan untuk memperkenalkan bagunan tinggalan sejarah kepada para pelancong.

Kami sempat untuk melalui Bagunan BSN, Bangunan Sains (Balai Bomba Lama), Masjid Jamek Seremban, Bangunan Penasihat Undang², Lit Seng Gong Temple, dan Balai Polis Lama Seremban.

Satu initiatif yang memang patut dipuji, dimana mengingatkan kita kepada sejarah di Negeri Sembilan. Syabas buat Majlis Perbandaran Seremban atas usaha yang sangat bagus ini.

Info Lanjut

Boleh Hubungi : +606 660 2626


Harap dengan perkongsian saya ini dapat membantu korang² yang ingin melawat ke Nismilan.

Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)