A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Monday, 13 May 2019

Zakat Fitrah dan Nilai Beras yang kita Makan

Assalammualaikum dan salam Ramadhan...


Alhamdulillah dah masuk hari ke-8 kita berpuasa, moga diharap semua diberi kesihatan yang baik.



Bulan puasa biasa dengan bulan kita bayar zakat Fitrah, namun tahukah kita yang Nilai zakat fitrah yang kita bayar mestilah selarah dengan harga beras yang kita makan..


🤔🤔🤔 hmm macam mana tu, boleh jelaskan?


Sebenarnya perkara ni bukanlah perkara yang baru dikalangan masyarakat kita.


Kadar Zakat Fitrah di Selangor pada tahun 2019 masih kekal RM7.


Namun begitu ianya sangat digalakkan untuk kita membayar zakat fitrah mengikut nilai beras yang kita makan.


Ini adalah kerana bagi golongan yang mempunyai kekayaan harga beras yang mereka makan berbeza dengan harga beras golongan sederhana dan miskin.


Oleh itu disarankan bagi Umat Islam yang mempunyai kekayaan membayar zakat fitrah mengikut nilai beras yang mereka makan.


Begini, sebagai contoh Encik Papa memakan beras Wangi RM15.40/KG, maka 2.6( 1 gantang Baghdad) x 15.40 = RM40.04

Maka dengan itu En Papa haruslah nyatakan pada Amil zakat fitrah nilai yang hendak dibayar.

Pihal Amil akan keluarkan kupon dalam gamdaan yg sesuai , jika RM40 maka 4 keping kupon RM10

Dan jika En.Papa ada 4 orang tanggungan makan 40x4 = RM120 dan jumlah kupon mestilah sama dengan nilai zakat iaitu 12 keping kupon.


Kewajipan menunaikan zakat fitrah adalah pelengkap kepada ibadah puasa Ramadhan kita.


Jadi amatlah digalakkan kepada yg mempunyai kekayaan dan berkemampuan untuk membayar lebih.


Namun sekiranya kita masih berkira kira, itu bermakna kita masih dikuasai nafsu.


Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah jangan risau sebab boleh bayar kat shopping mall, masjid dimana terdapat penolong amil fitrah dari LZS.

Boleh juga bayar di Cawangan Lembaga zakat Selangor, beroperasi 7hari seminggu.

Sangat mudah bukan, jadi tiada alasan untuk kita tidak menunaikan zakat fitrah.




0 comments:

Post a Comment

Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)