A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Sunday, 25 August 2019

Pier 12 Seafood Tavern : Makanan Lazat Suasana Santai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru² ni aku berkesempatan menikmati makan malam di Pier 12 Seafood Tavern.

Seriously perkara yg buat aku rasa best ialah restoran ni betul² berada dekat dengan KL Tower.



Bagi aku tempat ni memang strategic, cantik dan tenang.

Thanks to Tourism Malaysia Sentral sebab bawak menikmati hidangan kat sini.



Malam tu kami dihidangkan makanan by course dimana start dari appetizers sehingga ke Pencuci Mulut.


Senarai Menu yg Dihidangkan


1. Mulligatawny Soup



Rasa yang segar dan sedap, rasa seperti kari Dahl cuma ianya ada katulan ayam dan dihidangkan dengan nasi. Serius dia buat rasa selera tu naik.


2. Pier 12 Garlic Prawns


Rasa udang dia best segar lagi² bila perahkan dengan lemon dan calit dia punya kuah (sos) fuhh satu pinggan tak cukup kalau ikut nafsu.


3. Salt and pepper soft Shell Crab



Ketam lembut goreng tepung, sedap sebab boleh makan sekor ketam tu dan rasanya isi ketam tu manis... sedap sedap sedap..


4. Classic Caesar Salad


Bagi yang nak diet tapi masih lagi inginkan hidangan yg lazat, menu ni wajib cuba, nampak mcm salad biasa ..tapi dia punya rasa serius sedap.. dressing dia memang special...sedap.


5. Rendang Lamb Shank


Kambing dia serius sangat lembut, rasa rendang memang sedap, lagi² ada nasi fuhhhh memang terbaik, memang kena dengan tekak orang Malaysia (highly recommended). Dihidangkan atas daun pisang tu yg buat rasa lagi berselera.


6. Grass Fed Grill Beef Rib Eye


(highly recommended)

Perfectly cook medium rare memang sedap and very well seasoned. Peminat daging memang kena cuba hidangan ni sangat sedap wei, masa potong daging tu isi dalam nya berjus fuhhh serius sedap.


7. Tandoori Flavoured Halibut Fish Fillet


Isi ikan yang sangat lembut rasa manis² ikan tu campur dengan perahan lemon... memang best, bagi yg biasa makan fish and chips tu mmg kena cuba menu ni...sedap.


8. Grilled Stuffed Chicken Breast



Yang buat hidangan ni special ialah bahan yg disumbat dalam isi ayam tu, serius dia bagi rasa yg menyelerakan, disajikan dengan kentang bakar dan sos khas...perghhh untuk aku hidangan ni aku paling suka..sedap giler wei.

Dan Untuk Pencuci Mulut


9. Tiramisu



Cara yang paling terbaik untuk akhiri hidangan yang lazat ialah bersama Pencuci Mulut yang super sedap. Rasa 
Tiramisu dia buatkan pengalaman makan malam kat sini sempurna.


Pier 12 Seafood Tavern

Lot 12, Old Malaya
Lorong Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Malaysia


Waktu Operasi

Ahad - Khamis : 5pm - 2am
Jumaat & Sabtu : 5pm - 3am

Hubungi

+60320785548

Social Media








 

















0 comments:

Post a Comment

Labels

  • (1)