A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Wednesday, 25 September 2019

ZV Beauty Kembara KBBA9 ke Ghost Museum, Magic World, Ice Cafe dan Entopia antara Tempat Awesome kat Penang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Last weekend aku dan Ponder KBBA Ben Ashaari bersama rakan blogger Jalan² ke Pulau Pinang.


3 hari 2 malam kat penang sememangnya tak cukup, sebab banyak tempat yang sangat menarik yang memang wajib kena pergi.


Walaupun Jerebu agak tinggi bacaan IPU nya pada waktu tu, namun tetap kami gagahkan jua. Kali ni kami jalan² macam pelancong luar dengan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat disebabkan jarak yang tidak jauh.


Satu perkara yang aku perasan semasa kat Penang adalah ramainya pelancong luar (mat saleh) kat sini, rata² gaya backpackers (jalan kaki lebih mudah kita explore tempat menarik), terdetik kat hati... Seronoknya jalan² gaya gitu...


ok...sambung pasal Penang, kali ni aku sempat pergi ke 3 Tempat menarik yang korang Wajib datang kalau ke Penang.


1. Ghost Museum

Beralamat di No.57, Lebuh Melayu, George Town. Kat sini bukan macam rumah hantu biasa yang selalu tu, ni dia lebih kepada kisah asal usul hantu² dan rupa mereka.



korang akan dibawa oleh staff kat situ dimana dia akan terangkan pasal setiap hantu² yang ada kat situ dari hantu Melayu sampailah hantu orang putih.




korang jugak boleh jadi sebahagian dari hantu² dimana mereka sediakan kostum untuk korang pakai.





satu tempat yang sangat² menarik dan seronok, Ghost Museum Penang tempat yang wajib korang datang.


2. Magic World & Ice Cafe

Beralamat No. 193, Lebuh Victoria, George Town, tak jauh dari Ghost Museum hanya 10 minit berjalan kaki anda akan sampai ke Magic World Penang lagi satu tempat yang memang menarik yang wajib kena kunjung.

Kat sini korang boleh alami dan lihat benda² magic yang selalu korang tengok kat TV, mata korang akan diperdaya oleh ilusi yang mereka cipta.




korang jugak akan disajikan persembahan silap mata yang sangat menghiburkan, 💯 anak tempatan.


Bukan itu saja, dalam Magic World Penang ni terdapat nya ICE CAFE yg sangat menarik ala2 dunia Frozen dekorasinya, bukan saja korang boleh menjamu selera malah tenpatnya sangat cantik untuk bergambar.




3. Entopia by Penang Butterfly Farm

Jauh sikit dari George Town, terletak di Teluk Bahang, Taman Rama-rama Entopia merupakan satu daya tarikan yang sangat menarik dan berinfo wajib untuk dilawati terutama bersama anak².





masuk² je dah rasa seperti kat dalam susana hutan yang nyaman, fokus utama kat sini adalah rama² tapi terdapat juga pelbagai jenis serangga.

Bagus untuk anak² kenal pelbagai jenis rama-rama, serangga dan haiwan lain seperti katak dan labah².


Korang juga berpeluang untun bergambar dan pegang Kala Jengking.

Jujurnya memang boleh habiskan masa dalam berjam lamanya kat sini, yalah...tempat yang cantik untuk ambik gambar.



Kat sini dia punya suasana agak panas dan mudah berpeluh, tapi walaupun keaadan mcm tu make up kawan² blogger perempuan sentiasa cun.. flawless sepanjang masa, sebab dorang pakai make up dari ZV Beauty Collection Time ni rasa nak pakai make up pun ada...hahah nak flawless gitu..(ok gurau je)



Sebenarnya banyak lagi tempat yang sangat menarik kat Penang ni yang boleh kitorang pergi, malangnya cuaca yang berjerebu agak membataskan.

Jujurnya Penang memang awesome dan 3 hari 2 malam tak cukup, kalau dipanjangkan umur lain kali datang kesini naik Tren ETS pulak baru traveler gitu....heheh




Thursday, 19 September 2019

Bukit Setia Alam, Keindahan Alam Yang Patut Dipelihara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera



Last week aku dgn geng² hiking (Senja Hikers) nama grup kitorang stylo kan.🤣🤣🤣..kami pergi daki Bukit Setia Alam.


Sangat sesuai untuk yang nak practice, yang nak jinak² hiking, dan yang nak keluar peluh...dia punya trails tu agak mencabar, sebab ada dua jalan yang berbeza tahap kesukaran dia.


Pagi tu kami pilih jalan Tasik yang mana jalannya landai pada permulaan dan masuk je bahagian tengah² sampai lah ke puncak...mencanak je daki...💪💪💪.

Yang tak bestnya kawasan situ sibuk dgn tapak pembinaan, habuk dan bunyi bising memang agak teruk.


ok sambung part daki bukit yg mencanak tu, agak mencabar sebab langsung xde landai... straight daki sampai atas... fuhhhhh berpeluh² badan..memang rasa puas sangat.
Kalau rasa yang nak santai² boleh pilih jalan yang terus ke puncak (peak garden) sebab lebih bnyak landai.





Agak lama jugak masa yg kitorang ambik nak sampai ke puncak dalam anggaran 1jam macm tu..


Sampai je puncak...ada satu grup ramai² sedang berehat sambil didendangkan hiburan oleh salah seoarang pendaki, mmg sempoi habis...siap bawak gitar nyamyi ramai².






Bukit Setia Alam ni diambang ancaman untuk ditarah dijadikan tapak perumahan, sangat sayang kalau ianya tidak dikekalkan. Aktiviti seperti ini bukan saja bagus untuk kesihatan malah ianya merapatkan kita dgn masyarakat berbilang kaum.






Harap sangat pihak berkuasa tempatan ataupun siapa saja dapat selamatkan kawasan ni dari ditarah oleh pembangunan.


PLEASE SAVE OUR FOREST


Monday, 16 September 2019

Restoran Sisik: Sajian Pelbagai Makanan Laut Segar

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera




Alhamdulillah baru² ni aku dan rakan media ada dapat jemputan untuk makan malam kat Restoran Sisik.







Fokus utama Restoran ni adalah makanan laut, serius makanan laut mereka memang semua segar dan sedap.




Malam tu kami disajikan pelbagai jenis masakan laut yang sedap dan ualam ulaman yang segar.






Oh lupa sayur dan Nasi Lemak Buluh Perindu pun ada, bagi aku nasi lemak tu cara dia hidangkan tu unik, dibalut dgn daun pisang dan disumbat kedalam buluh.





Suasana restoran tenang dan luas jadi kita memang akan rasa santai je makan kat sini






Menu







Korang jugak boleh pesan masak asam pedas apa yang korang nak dorang masak, yang ni memang best sebab dorang dah siap² sediakan bahan² korang tinggal pilih Lauk je (Ikan/makanan laut) 


Dorang punya ulam semuanya segar² molek je, baru layan makan.



Bagi mereka yang duduk di sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang korang memag patut cuba, sebab serius memamg sedap makanan kat Restoran Sisik ni.

Harga memang berpatutan dan rasa sedap, parking senang, tempat luas







Waktu Operasi

Ahad & Isnin
8am - 12am

Selasa - Sabtu
8am - 10pm

Lokasi
Berhadapan GM Klang

Hubungi
03- 33184135

Media Social






Labels

  • (1)
  • (1)