A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Wednesday, 2 October 2019

Mudah sungguh Terbang Bersama Firefly Airlines


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Baru² ni aku dan geng² blogger pergi jalan² makan angin ke Pulau Pinang.

Malas nak drive punya pasal, dengan keadaan jerebu yang waktu tu agak tinggi dan kurang sihat, jadi kami terbang bersama Firefly Airlines.




Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dari proses check in sampai lah menaiki pesawat, semuanya mudah mcm ABC.





Jadual penerbangan jam 10pagi, jadi ada masa untuk kami bersarapan di situ, yang paling best kat Subang Airport ni ialah mcm² kedai makan ada kat sini, KFC ada, dan mamak pun ada...






Jadi pagi tu kami sarapan di Mamak sebab nak makan Meehun goreng .hahah typical Malaysian kan...mesti nak sarapan berat.


Tempat menunggu pun selesa dan luas, tandas bersih, rasa selesa sangat kat Suabang Airport ni.





Pagi tu jadual penerbangan tepat seperti dalam jadual, Flight FY1426 Jam 10 pagi sharp kami naik.




masa penerbangan dalam satu jam, tapi langsung tak rasa bosan sebab dalam kapal terbang Firefly ada sediakan Majalah dan catalog merchandise dorang yang lawa² jadi boleh lah baca² sambil tunggu landing dan mana tau ada yg berkenan boleh beli terus.






Lagi satu yang best nya, bagi yang x senpat sarapan jangan risau Firefly sediakan Juice dan kek untuk alas perut, boleh lah tahan sementara tunggu mendarat.




Tepat Jam 11.00 kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, satu jam tak terasa langsung sebab penerbangan lancar dan tidak bosan sebab ada majalah.






So far memang seronok terbang dengan Firefly Airlines dari awal sampai mendarat semuanya lancar.

0 comments:

Post a Comment

Labels

  • (1)
  • (1)