Fareez Van Fillers

A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Monday, 29 July 2019

Halal Dim Sum di Tung Yuen Restaurant@ Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Lepas Raya hari tu banyak kali teringin nak makan Dim Sum, tapi nak cari yang sedap dan halal tu agak susah, jadi harapan tu makin lama makin pudar.


Alhamdulillah baru² ni dapat jemputan ke Tung Yuen Restaurant @ Grand Blue Wave Hotel Shah Alam dimana Menu Paling Sedap dia Adalah Dim Sum yang memang diyakini Halal...

Hoorayyyy Akhirnya dapat makan Dim Sum yang Halal lagi sedap.




Dengan harga yang berpatutan iaitu (RM59.00++) untuk dewasa dan (RM24.50) untuk kanak².

Korang akan dihidangkan sebanyak 13 Pelbagai Jenis Dim Sum, 5 Jenis Hidangan Panas ala Szechuan dan 1 Pencuci Mulut Sejuk (Cold Dessert).












Yang special nya kat sini ialah 13 Jenis Dim Sum yang dihidangkan itu korang boleh makan sepuasnya, once dah habis korang boleh mintak sampai puas.

Awesome sangat memang betul² puas wei.


Korang juga akan dihidangkan bersama unlimited Teh Cina yang so refreshing ketika makan jadikan korang sentiasa berselera.



mata focus pada makanan


13 jenis Dim Sum yang boleh dimakan sepuasnya.

1. Steam Chicken Dumpling with Ebiko

2. Fresh Prawn Crystal Dumpling

3. Steam Jade Dumpling

4. Steam Crabmeat Ball with Crall Roll Dumpling

5. Black Mushroom Dumpling

6. Steam Jaded Dry Scallop Dumpling

7. Steam Flower Prawn Siew Mai

8. Steam BBQ Chicken Bun

9. Deep Fried Yam Ball

10. Deep Fried Vietnamese Spring Roll,

11. Pan Fried Shanghai Gua Tie,

12. Deep Fried Beancurd Roll with Spicy Chili Sauce,

13. Steam Glutinous rice with Chicken and Mushroom (Loh Mai Kai).


ADA LAGI


5 Jenis masakan panas yang dihidangkan adalah masakan ala Szechuan (Chef Recommended)


1. Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet in Hot Plate

2. Braised sliced Top Shell Abalone with Dry Chili ad Szechuan Pepper in Claypot

3. Pan Fried Prawn with Spicy Szechuan Sauce,

4. Fried Rice Szechuan Style with Chicken Floss

5. Stir Fried Seasonal Vegetable with Garlic.


DAN

1 Hidangan Pencuci Mulut (Cold Dessert)

Chilled Longan with Sea Coconut




Fuhhh memang puas hati sangat kan...


Tung Yuen Chinese Restaurant

Restoran ini terletak di aras 1 @ Grand Blue Wave Hotel Shah Alam, menyajikan pelbagai jenis masak Cina. Peroleh Sijil Halal dari JAKIM pada 1 November 2009.

100% Masakan Cina yang Halal (Mesara Halal) di Hotel 5 Bintang Pertama di Asia Tenggara.


Waktu Operasi Dan Harga

Masa : 11.30 pagi – 2.30 petang (Makan Tengahari)

Masa : 6.30 petang – 10.30 malam (Makanan Malam)

Hari : Isnin – Ahad (7 hari seminggu)


Harga : RM 59.00+ – Dewasa ( minimum 2 orang )

Harga : RM 24.50+ – Kanak-kanak (3-10 tahun)



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :

Tel : 03-55111833 sambungan 2723, 2724, 2606

Emel : telemarketing@bluewavehotels.com







Monday, 27 May 2019

4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan.


Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat cantik yang sesuai untuk kita mengimarahkan lagi 10 Malam Terakhir Ramadhan di sekitar Kota Bharu .


1. Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. 

Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.

Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933).

Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.


2. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau juga dikenali sebagai Masjid Beijing. 

Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.


3. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri

Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Merupakan Masjid Tertua di Negara Kita.

Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia serta di Asia Tenggara. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.

Masjid ini dinamakan sempena Kampung Laut sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat, yang mana terletaknya lokasi asal masjid tersebut sebelum ianya dipindahkan ke tempat sekarang.


4. Masjid Noor Aini, Pasir Hor

Masjid Noor Aini dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku. Terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor.

Masjid yang terukir indah ini merupakan idea Tengku Noor Aini yang mana beliau adalah kerabat Di Raja Kelantan. Kerana terlalu cintakan keseniaan maka terbentuklah satu masjid yang berteraskan seni bina Melayu tradisional serta gabungan unsur-unsur keislaman didalamnya.

Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta, dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Noor Aini. Ukirannya di ukir oleh Pengukir dari Bali, Indonesia namun ukiran yang diterapkan masih menggunakan ciri-ciri ukiran tradisional Kelantan. Untuk mengekalkan senibina asal masjid ini tidak menggunakan penghawa dingin tatapi dilengkapi kipas siling yang besar.


Bagi saya pengalaman dapat melawati Masjid² yang indah dan cantik di Negeri Serambi Mekah merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.

Marilah kita mengimarahkan masjid² yang ada dikawasan kita sempena 10 Malam Terakhir Ramadhan. Moga segala amalan yang kita lakukan diterima Allah S.w.t.





Sunday, 26 May 2019

PROGRAM “IHYA RAMADHAN KELANTAN TRIP 2019”



KOTA BHARU, 20 MEI 2019: Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan dan Syarikat Penerbangan Firefly akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Kelantan Fam Trip 2019 pada 20 hingga 23 Mei 2019.


Program lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan ketenangan di negeri Kelantan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada pihak media dan agensi pelancongan dari seluruh negeri. Program ini juga bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan yang sinonim dengan jolokan negeri “Serambi Mekah” ini selain aktiviti-aktiviti berunsurkan keislaman dan kerohanian yang diamalkan oleh rakyat Kelantan ketika menyambut bulan Ramadhan.


Seramai 60 peserta yang terdiri daripada para media, agensi pelancongan, pegawai Tourism Malaysia dan pegawai MOTAC dari seluruh negeri menyertai program ini. Sasaran peserta program ini adalah khusus untuk yang bukan beragama Islam (Cina, India dan lain-lain) bagi memberikan pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadhan di negeri Kelantan.


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan. Justeru itu, senario seperti inilah yang ingin ditonjolkan dalam mengangkat suasana “Ihya Ramadhan” di negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.


Program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan keislaman seperti Bersuluk di Makam Tok Selehor, Masjid Muhammadi yang menjadi pusat penyampaian ilmu oleh ulama tersohor iaitu Tok Kenali, Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua di Malaysia berusia lebih 300 tahun dan Masjid Ar Rahman, Kg. Pulau Gajah yang terkenal dengan keindahan senibina bangunan.


Para peserta juga akan dibawa untuk mengikuti Program Ihya Ramadhan yang merupakan suatu program mega tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Program yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dikenali sebagai Qaryah Ramadhan di Serambi Mekah.


Program ini juga memperkenalkan kemeriahan Bazar Ramadhan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV serta amalan makan colek selepas solat sunat terawih yang sangat popular di kalangan rakyat Kelantan.


Di Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam (Pondok). Bagi program ini, peserta dibawa melawat Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh bagi melihat secara lebih dekat aktiviti harian pelajar sepanjang bulan Ramadan.


Selain terkenal dengan produk pelancongan Islam, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga popular dengan makanan tradisional di mana pada bulan Ramadan, pelbagai kuih muih yang unik dipasarkan contohnya kuih nekbat, kuih ‘kuba guling’ dan sebagainya.


Berdasarkan kepada Kajian Kadar Penginapan Hotel yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, pada tahun 2017 telah merekodkan peningkatan kedatangan penginap hotel ke Kelantan sebanyak 0.37% dengan bilangan 1,201,120 orang penginap hotel berbanding pada tahun 2016 iaitu seramai 1,196,685 orang penginap hotel.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di talian 09-747 7554.



Pejabat Tourism Malaysia Kelantan

Tel: 09-747 7554 Faks: 09-747 8010

Labels

  • (1)