Fareez Van Fillers

A Word and Thought from the person who love "talk" this is what am my... FareezVanfillers of "words" and "thought" Smile Lovers Its Me

Monday, 9 December 2019

VM2020 Photo TreasureHunt Lembah Bujang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baru² ni aku ada sertai program VM2020 Photo TreasureHunt  Dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara melalui pejabat cawangan nya di negeri Kedah.




Bermula di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, para peserta terdiri dari photographer, pengamal media, dan lain² agency.



Setiap ahli kumpulan diwakili seoarang photographer dari Canon bertujuan untuk snap gambar sepanjang aktiviti dan seorang jurupandu yang mengandalikan kereta Mercedes Benz untuk membawa peserta ke destinasi yang ditetatapkan.



Selesai pembahagian ahli kumpulan, semua peserta diberikan soalan yang akan membawa mereka ke petunjuk dan soalan seterusnya, bagi aku soalan dia memang sangat kreatif dan mencabar otak.



VM2020 Photo TreasureHunt ini berlangsung selama 2 hari 1 malam, pada hari pertama kebanyakan aktiviti tertumpu di kawasan Lembah Bujang seperti di Sungai Batu dimana kami diberi tugasan untuk merakam video pendek mengenai Tapak Arkeologi Sungai Batu.




Balik ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, disini kami diberikan soalan yang mana semua jawapannya berkaitan tentang sejarah dan informasi yang terkandung disini.
Fuhhh dia punya soalan betul² mencabar otak betul2 nak bagi kita fikir dengan kritis.

Masa yang dihabiskan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang agak lama, dari dalam sehingga lah luar Muzium, bab yang paling penat ialah kira jumlah anak tangga dari bawah hingga ke puncak...fuhhh aku sampai naik turun tangga 3 kali nak pastikan jawapannya betul (114) anak tangga.




Destinasi seterusnya kami ke Bakau Hijau kat sini kami kena buat tugasan tangkap ketam nipas guna bubu, ikat umpan dalam bubu dan campak dalam paya, biasalah adat memancing ni, kalau bertuah cepat lah dapat, Alhamdulillah kami hanya tunggu dalam masa 15 minit sahaja untuk naikkan seekor ketam.






Tugasan masih belum selesai, sebab kami kena ikat ketam sebiji seperti yang diarahkan oleh penjaga chek point...dah sudah..hahahah, ketam nipah ni agak ganas fuhhh mencabar... sangat mencabar nak ikat ketam ni, Alhamdulillah berjaya ikat walaupun tak sekemas seperti contoh..hahaha kesian ketam tu.

Selesai tugasan ketam, kami kena siang Tiram segar yang dibela di sangkar, bab ni bagi aku sangat mudah...hahahahah sebab aku mmg dah biasa siang Tiram, bukan hanya siang kami kena makan Tiram tu segar....




Benda mudah tak jadi masalah, kami kena siang dan makan 8 ekor Tiram, dalam masa 15 minit je aku siap siang kesemua Tiram, dan telan 7 ekor Tiram, lagi seekor ahli teammate makan, no big deal.




Petunjuk dan soalan seterusnya bawa kami ke Kompleks Pelancongan Hutan Paya Laut Sungai Merbok disini soalan semua berdasarkan info yang ada disini, cuma biasalah Treasure hunt kan...soalan kena lah bombastik baru sel² otak ni berhubung, kebetulan pulak pada masa tu ada kenduri...ahahah jadi memang nampak sangat meriah lah..dengan kereta Merc berderet bagai.. hahahha it was so fun.






Kat sini tugasan dan soalan semuanya berkaitan dengan kehidupan yang ada kat situ, dia punya soalan boleh tahan mencabar dan yang paling tak boleh lupa senaraikan 60 penduduk tetap dibawah sini, boleh pulak ada yang ambik list nama tetamu majlis kat situ..heheheh lawak sangat.


Habis kat situ, kami pecut ke Sungai Petani tugasan untuk bergambar dengan Menara Jam Ikonik Simbol Sungai Petani, kendian terus ke Street Art di kawan SP jugak...haaaaa kat sini rata² semua jadi buntu sebab soalan yg dibagi fuhhhhh boleh tahan kretif, kebanyakan jawapannya berkaitan nama kedai dan info pasal kedai tersebut.






Puas berpeluh kat situ kemudian destinasi seterusnya ke Carnival Waterpark  dimana kebanyakan tugasan adalah untuk photographer mereka kenan snap gambar berdasarkan klu yang dibagi...bab main air semua orang suka...lagi² dah puas berpeluh....hahaha seronok pulak jadi kanak2 riang main air....hahaha.



Destinasi terakhir ialah di Cinta Sayang Resort, sebelum kami check in di Homestay Kampung Sungai Badak. Tugasan dan soalan kat sini dah agak senang dimana kesemua tugasan menghendaki kami bergambar...haha bab bergambar bab paling aku suka...hahaha.




Selesai tugasan disini kami berehat minum petang sebentar sebelum berangkat ke Homestay Kampung Sungai Badak dimana destinasi terakhir untuk hari pertama.






Di Homestay kami disambut meriah oleh peduduk kampung dan pemilik homestay, kami dihidangkan makan malam ala kampung yang sangat sedap, sambil itu ada juga demonstrasi pembuatan karipap pusing dan kuih karas.





Kami debahagikan kepada keluarga angkat masing² dan bermalam dirumah keluarga angkat. Alhamdulillah keluarga angkat kami sangat ramah dan baik.



Bermula hari ke-dua dan hari terakhir VM2020 Photo TreasureHunt, kami bersarapan di Homestay sebelum menuju ke Destinasi terakhir iaitu di Puncak Gunung Jerai. Bergambar ramai² bersama penduduk kampung dan ahli keluarga angkat, walaupun cuma semalaman tapi kemesraan yg ditunjukan buat kami rasa sebak.

Menuju ke Gunung Jerai dengan Jentera buatan German seolah olah  jalan seperti di atas Jalan rata, Terima kasih Cycle and Carriage untuk tajaan kereta Mercedes sepanjang aktiviti TreasureHunt.








Setibanya kami di puncak, kami disambut oleh kakitangan The Jerai Hill Resort Gunung Jerai dan meneragkan tentang tugasan, tapi untuk mulakan tugasan kami perlu bermain permainan dimana dikehendaki ambil kelapa 100 meter dihapan dengan mata tertutup hanya fokus arahan oleh ahli kumpulan...ahah memang aku lah yg kena buat, haha seronok wei.



Ok selesai game tadi, kami dikehendaki selsaikan 5 tugasan yang berbagai bentuk terasa seperti di kem Team Building pulak...hahaah.
Ada tugasan kopek kelapa tua, susun puzzle, susun paku, bagi aku sangat seronok.










Selesai semua tugasan kami Berkumpul di dewan untuk upacara penutup dan penyampain hadiah untuk pemenang sambil makan tengah hari.  Hadia pertama berupa 
wang tunai RM1600, RM1200 untuk tempat kedua dan RM800 untuk tempat ketiga.




Walaubagaimanapun pasukan aku tak ad rezeki nak menang, tapi tapi tapi...aku menang cabutan bertuah dapat Vacuum cleaner...ohsem kan.

Berakhir lah sudah VM2020 Photo TreasureHunt di Lembah Bujang, satu event yang bagi aku sangat seronok, menarik sambil kita belajar tentang sejarah.

Terima kasih buat pihak Tourism Malaysia kedah, Tourism Malaysia Wilayah Utara, Cycle and Carriage dan semua pihak yang terlibat.

Negeri kedah memang awesome.

















Thursday, 28 November 2019

Gopeng Saji Tempat Eco Pelancongan Yang Sangat Ohsem

​Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti sekolah dah mula, dah ada ke plan nak bawa anak jalan² ke mana? Tak kan hanya jalan² kat shopping mall kot, bosan lah korang ni.


Malaysia ni banyak tempat yang sangat ohsem korang boleh pergi sama ada di bandar mahupun desa. Lagi² sempena tahun melawat Malaysia 2020.

Kalau aku, aku suka  bercuti ke kawasan luar bandar dimana aku boleh nikmati keindahan alam semula jadi.

Cakap pasal alam semula jadi, di semenanjung Malaysia terdapat banyak pilihan tempat yang korang boleh pergi. contohnya Gopeng, Perak.

Baru² ni aku dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara melalui Pejabat cawangan nya di Negeri Perak untuk terokai hidden gem di Gopeng sempena Geopark Lembah Kinta Festival.

Gopeng, Daerah yang terletak di Negeri Perak, ada apa kat situ? Itu yang nak bagi tahu ni, kat Gopeng macam² aktiviti korang boleh buat untuk yang sukakan suasana indah alam semula jadi.

Disini aku senaraikan tempat yang bagi aku sangat ohsem yang korang boleh buat untuk rasai Eco Pelancongan di Gopeng.

1. Gopeng Glamping Park dan Gua Kandu






Gopeng Glamping Park, satu tempat dimana korang boleh nikmati suasana berkhemah yang sangat seronok didalam suasana hutan dan berasa selesa seperti berada kat rumah.



Kat sini korang akan rasa sangat tenang dari kesibukan kota, khemah yang disediakan sangat selesa dan uniq dimana korang akan rasa dekat dengan alam semula jadi.

Korang yang berkeluarga besar tidak akan hadapi masalah sebab dalam satu khemah disediakan 2 unit tilam saiz queen dan yang best nya bilik air dan tandas dia luas.





Kat sini jugak korang yang nak buat team building pun boleh. Dekelilingin hutan dan sungai yang sangat menyegarkan.


Bab makanan kat sini dia punya makanan sangat terbaik, serius aku cakap korang tak kan kecewa sebab Pemilik tempat ni merangkap Chef disini berpengalaman sebagai chef di Hotel sebelum dia tubuhkan tempat ni, ohsem kan.




Aktiviti yang korang boleh buat kat sini seperti Terokai Gua Kandu yang hanya berdekatan, korang akan dibawa menaiki lori untuk ke Gua Kandu dan bagi aku sangat seronok.



Aktiviti caving di Gua Kandu makan masa hanya dalam 1jam45minit.






Pada waktu malam korang akan dihiburkan dengan pertunjukan api oleh anak² tempatan yang sangat berbakat 





Pada yang suka santai, disediakan juga unggun api untuk korang lepak² borak², nyanyi² sambil bakar marshmallow (beli sendiri) hahaha. 





Satu benda yang aku perasan yang boleh pihak Gopeng Glamping Park usahakan ialah buat satu tempat untuk "stargazing" sebab kat sini pada waktu malam bintang kelihatan sangat cantik.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut korang boleh rujuk butiran berikut

Gopeng Glamping Park
10846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak, MY.
Email : gopengglampingpark@gmail.com



2. Ulu River Lodge (White Water Rafting and Waterfall Abseiling by Riverbug Malaysia)





Terletak agak jauh dari pusat bandar, Ulu River Lodge menawarkan suasana penginapan yang sangat tenang sambil dihiburkan oleh bunyi aliran sungai yang menenangkan.





Kat sini korang boleh pilih untuk bermalam didalam rumah ikut kapasiti jumlah bilangan korang, sama ada 4, 8 mahupun 10 orang, dan dalam setiap dorm@rumah disediakan katil dua tingkat dan juga bilik air.

Aktiviti yang ditawarkan kat sini sangat² ohsem iaitu white water rafting dengan waterfall Abseiling.

Dikendalikan oleh Riverbug Malaysia, semua kakitangan sangat mahir lakukan tugasan mereka.



White Water Rafting

Untuk White water rafting, korang akan dibawa menaiki lori dari Ulu Kinta River lodge dan makan masa dalam 40min untuk ke destinasi, seusai  sampai korang akan diberikan kelengkapan seperti topi keledar keselamatan, lifd jacket, dan pendayung mengikut keselesaan masing².





Korang akan diberikan talimat keselamatan dan arahan²  bagi kelancaran aktiviti. Untuk memastikan aktiviti berjalan dengan selamat, demonstrasi aktiviti juga dilakukan, dan tentang perkara yang harus dilakukan ketika boat terbalik supaya semua peserta selamat




Setiap satu boat akan ada 5 orang termasuk 1 guide yang akan kawal dan jaga korang sepanjang aktiviti berlangsung.

Korang akan bekerjasama memikul boat ke sungai, dan disitu korang akan diberi arahan dan cara² untuk sepanjang aktiviti berlangsung.





Korang akan menyusuri sungai yang beraliran agak deras (tertakluk pada cuaca semasa) dan pada masa tu Alhamdulillah cuaca samgat baik.

Akan ada checkpoint dimana korang diberikan masa untuk berehat, Guide akan sentiasa memberikan arahan untuk korang kemudi boat sama ada kedepan, kebelakang, lompat dan duduk.




Aktiviti ni tak lengkap tanpa aksi boat terbaik, dan pada masa tu kami punya Guide sangat bersungguh untuk jatuhkan boat, setelah cubaan yang ke-empat akhirnya helah dia berjaya menterbalikkan boat.

Aktiviti yang sangat seronok dan agak Ekstrem bagi aku, sesuai untuk yang ingin latih diri terhadap water confident, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Waterfall Abseiling

Pada sebelah petang korang akan dibawa untuk melakukan aktiviti waterfall abseiling, sama seperti water rafting korang akan dibawa menaiki lory dan makan masa lebih kurang 30 minit.




Setiba sampai ditempat air terjun korang akan diberikan taklimat keselamatan dan arahan bagaimana untuk korang lakukan aktiviti waterfall abseiling ni.






Setiap seoarang akan diberikan abah- abah keselamatan (safety harness) dan topi keledar keselamatan. 

Pastikan semuanya dipakai dengan baik, korang kena panjat dalam 5minit untuk ke puncak air terjun, dan disitu korang akan berjumpa petugas aktiviti dan akan siapkan korang untuk turun lakukan.





Seusai lakukan waterfall abseiling korang boleh mandi manda, serius aku cakap air terjun dia sejuk.. awesome sangat.





Keyakinan dan keberanian sangat diperlukan untuk lakukan aktiviti ni, bagi aku ianya sangat seronok dan mampu kuatkan keyakinan diri.

Untuk Tempahan dan Maklumat Lanjut.

Untuk kelancaran aktiviti korang disarankan tempah dalam masa 3 hari awal.

PERAK  (Ulu River Lodge)
Tel:  +6 012 313 1006 (24/7)

Kampar, Perak Office
19-C, 1st Floor
Jalan Kg. Rawa
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan

FOR FAST AND QUICK ASSISTANCE (PERAK SIDE)
Call: +6 012 313 1006

Instagram 

Facebook


3. Taman Rekreasi Gunung Lang



Terletak berhampiran dengan bandar Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan satu tempat yang sesuai untuk korang bawa famili untuk santai² petang² sambil menikmati pamandangan indah Tasik dan Gunung Lang




Korang akan dibawa menaiki boat untuk ke Taman tersebut, disana korang boleh jalan² sambil rehat² nikmati suasana damai.






Korang boleh juga bagi makan ikan yang terdapat kat Tasik, makanan ikan boleh dibeli sebelum menaiki boat.

Bagi aku Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh ditambah baik untuk lebih menarik pengunjung datang, seperti adakan paddle boat, basikal untuk kanak².

Walaubagaimanapun ia merupakan satu tempat yang cantik dan tenang, korang yang tak tau nak buat apa kat Ipoh tu boleh lah datang sini.

  • Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 019-509 0196
  • Waktu Operasi : 8.30am
  • Harga Naik Boat : RM3



Labels

  • (1)
  • (1)
  • (1)